suria

Tragedi chalet Bentong: Mayat warga emas ditemui

Anggota bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) membawa mayat mangsa tragedi banjir lumpur.

TRAGIS, mayat seorang wanita warga emas berusia 66 tahun ditemui pada Selasa susulan kejadian banjir lumpur di sebuah chalet di Bentong.

Mangsa merupakan salah satu daripada tiga mangsa yang dilaporkan hilang dalam kejadian pada Sabtu.

Mayat mangsa ditemui pukul 10.15 pagi kira-kira 200 meter dari lokasi terakhir mangsa berada ketika kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat mangsa dijumpai pasukan penyelamat di bawah runtuhan kayu balak dan pasir.

Menurutnya, anggota bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi mengesan dua lagi mangsa yang hilang diteruskan hari ini (Selasa)," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Dalam kejadian banjir lumpur yang dilaporkan pukul10.40 malam pada Sabtu itu, tiga mangsa dipercayai hilang dibawa arus sungai. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain