suria

Kembali naik... Malaysia rekod 3,140 kes baharu Covid-19

Kes harian Covid-19 pada Selasa menyaksikan peningkatan berbanding Isnin.

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 3,140 kes baharu, pada Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan keseluruhan 2,724,684 kes setakat ini.

Kes baharu itu menunjukkan peningkatan berbanding 2,589 kes harian pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Terus menurun... Malaysia rekod 2,589 kes baharu Covid-19

Menurut Dr Noor Hisham, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman CovidNow.

Data setiap hari bagi laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain