suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ustaz Ebit beri sumbangan 100 tablet untuk golongan pelajar memerlukan ikuti kelas online

Ustaz Ebit Lew beri sumbangan 100 tablet untuk pelajar memerlukan mengikuti kelas online. Foto: Facebook Ebit Lew

SITUASI pandemik Covid-19 yang mencatatkan peningkatan kes saban hari menyebabkan kerajaan terpaksa menunda sesi persekolahan secara bersemuka bagi mengelakkan penularan virus berkenaan.

Ketika ini pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Keadaan ini pastinya menimbulkan sedikit kesulitan kepada pelajar yang tidak mempunyai peralatan atau gajet bagi tujuan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Perhatian! KPM umum pembukaan sekolah pada 20 Januari ditangguh

Memahami keadaan tersebut, penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew pada Khamis mengumumkan sumbangan berupa 100 tablet kepada pelajar yang memerlukan bagi mengikuti kaedah PdPR.

Ebit berkata, sumbangan itu bertujuan membantu pelajar mengikuti pembelajaran kelas secara dalam talian.

"Pohon doakan ya. Baru beli 100 biji tablet (tab) untuk dihadiahkan pada pelajar yang memerlukan untuk kelas online.

"Siapa benar-benar perlu boleh hubungi 0175870294. Semoga menjadi asbab kebaikan," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Perkongsian tersebut sehingga kini meraih 22,000 shares selain dibanjiri ribuan komen netizen yang memuji pendekatan penceramah berkenaan. - SINAR HARIAN

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ustaz Ebit Lew, tablet, PdPR, kelas online

Artikel Lain