suria

Zahid, beberapa pemimpin hadir mesyuarat khas Umno Perak

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di ibu pejabat Umno negeri Perak pada Sabtu malam.

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas anggota majlis tertinggi parti itu, Datuk Seri Nazri Azri dilihat tiba di Bangunan Umno Perak.

Zahid dan Nazri adalah antara pemimpin Umno yang menghadiri mesyuarat khas Umno di sini pada hari Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Faizal Azumu letak jawatan sebagai Menteri Besar Perak

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad dikatakan akan membincangkan keadaan politik yang sedang berlaku di Perak.

Mesyuarat itu dipercayai bermula sekitar jam 9 malam.

Terdahulu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Perak.

Pengumuman itu dibuat menerusi sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar pada Sabtu petang.

Pada Jumaat, Ahmad Faizal gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat DUN Perak dalam undian percaya pada Jumaat.

Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu hanya mendapat 10 undi sokongan, manakala 48 membantah, dan satu undi rosak, dalam undi belah bahagi yang ditetapkan oleh Speaker Perak Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain