suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KWSP sedang perhalusi kemudahan pengeluaran Akaun 1

Perincian mengenai perkara ini akan dibuat dalam masa terdekat. - fotoBERNAMA

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang memperhalusi dan menambah baik kemudahan pengeluaran Akaun 1 yang disasarkan seperti yang telah diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2021 pada Jumaat lepas.

"Semua pandangan dan input daripada pelbagai pihak berkepentingan sedang dalam proses pertimbangan," menurut dana persaraan itu dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut KWSP, kemudahan ini perlu dibuat berdasarkan satu perincian secara teliti bagi mengimbangi keperluan ahli menangani cabaran semasa dan memastikan simpanan persaraan untuk kesejahteraan masa depan.

"Perincian dan syarat-syarat kemudahan pengeluaran tambahan ini akan dibuat dalam masa terdekat setelah keputusan akhir dimuktamadkan," katanya. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain