suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Sabah sahkan maklumat tular kononnya ada sekatan perjalanan di Tawau dan Lahad Datu tak benar

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata pihaknya belum menerima arahan berhubung sekatan perjalanan di kedua-dua daerah tersebut. Gambar hiasan. Foto: Bernama

TULAR di media sosial kononnya pihak berkuasa melaksanakan sekatan jalan raya di Tawau serta Lahad Datu, Sabah berkuat kuasa serta-merta selepas kes Covid-19 disahkan di dua daerah berkenaan.

Namun perkara itu dinafikan oleh polis Sabah dan menjelaskan perkara berkenaan tidak benar.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata pihaknya belum menerima arahan berhubung sekatan perjalanan di kedua-dua daerah tersebut.

"Belum lagi, akan diputuskan dalam mesyuarat pagi ini bersama Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal)," katanya.

Maklumat itu mendakwa berdasarkan statistik kes jangkitan Covid-19 terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berkuat kuasa serta-merta, warga kerja tidak dibenarkan membuat perjalanan perniagaan atau perjalanan bukan perniagaan masuk dan keluar daerah Lahad Datu dan Tawau.

Tambah maklumat itu, sebarang perubahan akan dimaklumkan kelak. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, Lahad Datu, Tawau, sekatan

Artikel Lain