suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mohd Redzuan masih dikuarantin, nafi adakan sidang media

Mohd Redzuan kini masih menjalani tempoh kuarantin.

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof menafikan laporan beliau akan mengadakan sidang media pada Jumaat.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya, pihaknya memandang serius mengenai laporan tersebut.

"Pejabat ini menafikan berita yang tular ini dan tiada sebarang sidang akhbar khas dari menteri. Hal ini kerana Mohd Redzuan pada masa ini masih menjalani tempoh kuarantin.

"Saya ingin mengingatkan kepada semua pihak supaya sentiasa menjaga penjarakan sosial untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak Covid-19," katanya.

Laporan mendakwa dua ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengadakan sidang media, dipercayai berhubung sokongan mereka dalam parti itu.

Berdasarkan edaran jemputan media, Mohd Redzuan dan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh yang juga Ahli Parlimen Sri Gading akan mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Bersatu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain