suria

1 Syawal tak boleh ditunda tetapi sambutan Aidilfitri mungkin dilewatkan - Menteri Agama

Sebelum ini, Indonesia memutuskan untuk menangguhkan cuti Hari Raya Aidilftri ke 28 hingga 31 Disember.

UMAT Islam harus menyambut Hari Raya Aidilfitri tetapi mereka boleh menangguhkan perayaannya, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

"Selepas berpuasa sebulan, kita diwajibkan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari pertama Syawal.

"Kita mesti menunaikan solat Hari Raya sebagaimana dinasihatkan menerusi Perintah Kawalan Pergerakan.

"Mungkin kena bataskan ziarah ke rumah tetangga pada Hari Raya Aidilfitri dan mengamalkan jarak sosial.



Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

"Tetapi kita boleh menangguhkan keraian perayaannya yang selalu dianjurkan seperti rumah terbuka dan sebagainya.

"Persoalan sama ada untuk menangguhkan sambutan itu ke satu masa lain kerana PKP, kita boleh bincang bersama Majlis Fatwa Kebangsaan selepas mendapatkan pandangan para ulama," ujarnya.

Zulkifli diminta mengulas kemungkinan perayaan itu ditangguhkan sebagaimana langkah yang diambil Indonesia.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini turut berkata Malaysia boleh menangguhkan cuti umum untuk Hari Raya Aidilfitri, sebagaimana dilakukan negara jiran itu.

Terdahulu, Indonesia memutuskan untuk menangguhkan cuti Hari Raya Aidilftri ke 28 hingga 31 Disember untuk menghentikan pergerakan orang ramai ke kampung bagi mengelakkan penularan Covid-19. - The Star.

Artikel Lain