SOP baharu ikut zon akan diperkenalkan, ada kelonggaran dan diperketatkan - Ismail Sabri

SOP baharu itu diperkenalkan supaya zon sifat Covid-19 tidak bertukar kepada zon merah.

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menggariskan beberapa prosedur operasi standard (SOP) baharu berdasarkan zon-zon tertentu dalam masa terdekat.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mungkin terdapat sedikit kelonggaran dalam SOP yang akan diperkenalkan kelak.

“Putrajaya kini kawasan zon merah… jadi selain zon merah ada zon hijau. Zon hijau misalnya kawasan sifar Covid-19. Tak ada apa-apa.

“Jadi kita sedang meneliti apa SOP yang akan kita perkenalkan. Mungkin ada sedikit kelonggaran. Saya tak kata perkara ini akan diputuskan tapi akan dibentangkan pada Khamis,” katanya pada sidang media petang Selasa.

Menurut beliau, SOP baharu itu diperkenalkan supaya zon sifar Covid-19 tidak bertukar kepada zon merah.

“SOP-SOP akan diperkenalkan supaya mereka dari zon hijau tak keluar dari kawasan tersebut atau orang lain tak boleh ke kawasan itu.

“Zon merah sediakan SOP lebih ketat sebagai contoh. Mungkin kilang di zon hijau nak dibuka, boleh ke mereka dari zon merah bekerja di zon hijau.

“Saya percaya bukan saja kedai gunting rambut, workshop… banyak perkara dibangkitkan begitu juga kedai dobi. Jadi perkara-perkara itu akan diperhalusi MKN dan KDN dalam mengeluarkan SOP lebih terperinci,” katanya.

Jelasnya lagi, walaupun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan, SOP selepas PKP akan diperkenalkan kerana tidak mahu kes seperti di luar negara berlaku di negara ini.

“Hong Kong misalnya dah terbuka tiba-tiba ada lagi kes positif (Covid-19) begitu juga Singapura. Di Jepun, perdana menterinya akan umum emergency enam bulan di Tokyo dan Osaka.

“Walaupun kita tahu rakyat rasa gelisah kita cuba nak bantu mereka. Kita kaji dari segi kesan impak kalau terlalu longgar. Kita akan lihat lebih detail," katanya.

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain