suria

Lelaki usia 67 tahun korban ke-62 Covid-19, ada sejarah kontak rapat dengan 5 pesakit kluster perhimpunan Seri Petaling

Wabak Covid-19 merekodkan satu lagi kes kematian pada Isnin, menjadikan 62 kematian setakat ini.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan 131 kes baharu Covid-19 pada Isnin, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,793 kes setakat ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah, KKM turut merekodkan satu lagi kematian akibat virus itu pada hari ini.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan
bahawa terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan Covid-19.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 62 kes, iaitu 1.63 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

"Kes kematian ke-62 (kes ke-3663) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 67 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

"Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan beberapa kes indeks positif Covid-19 daripada perhimpunan di Seri Petaling iaitu kes ke-1265, kes ke-1266, kes ke-1267, kes ke-1404 dan kes ke-2549," ujarnya.

Tambah Dr Noor Hisham, mangsa dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu pada 29 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 5 April 2020 jam 10.22 pagi.

Dalam pada itu, sehingga kini terdapat seramai 102 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 54 kes
memerlukan bantuan pernafasan.

Artikel Lain