Budak 5 tahun maut akibat wabak rabies di Sarawak

Budak perempuan itu meninggal dunia pada 26 Mac lalu.
KEMATIAN seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun di Bandar Sibu pada 26 Mac lepas disahkan disebabkan wabak rabies, menjadikannya kes pertama dilaporkan tahun ini di Sarawak.  

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia juga menjadikan jumlah kes rabies kepada 23 sejak penyakit itu diisytiharkan sebagai wabak di negeri ini sejak 31 Julai 2017.

Kali terakhir kes wabak ini dilaporkan adalah pada 8 Nov tahun lepas.

Menurutnya mangsa terbaru ini digigit anjing liar pada 8 Mac lepas di bahagian muka, mulut serta kelopak mata, dan luka gigitan itu  tidak dicuci dengan aliran air yang bersih dan sabun sejurus selepas kejadian.

“Beliau kemudiannya telah dibawa untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sibu pada hari yang sama, mendapat suntikan vaksin antitetanus, suntikan Rabies Immunoglobulin (RIG) dan dua dos suntikan vaksin antirabies semasa dirawat di Hospital Sibu,” katanya dalam satu kenyataan, Isnin.

Mangsa telah didiscaj dari hospital itu dalam keadaan sihat pada 13 Mac dan diberikan lagi dos ketiga vaksin antirabies tiga hari kemudian.

Noor Hisham berkata mangsa telah dibawa untuk mendapatkan rawatan di sebuah Klinik Komuniti di Bandar Sibu kerana demam pada 24 Mac dan seterusnya ke Hospital Sibu keesokan harinya kerana sakit tekak dan sukar untuk menelan air serta berhalusinasi.

“Beliau telah dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut. Keadaannya bertambah teruk dan telah disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya. Punca kematian adalah ‘rabies encephalitis’,” katanya.

Sampel daripada kanak-kanak ini telah diambil pada 26 Mac dan disahkan positif rabies oleh Makmal Perubatan, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) tiga hari kemudian, sementara anjing liar yang menggigitnya juga dilaporkan telah mati pada 10 Mac tanpa sempat diambil sampelnya.

Berikutan kes terbaru ini, beliau menasihatkan orang ramai mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan daripada dijangkiti rabies yang termasuk langkah segera jika digigit anjing, pemberian suntikan antirabies dan penjagaan kebersihan dan kesihatan diri dan haiwan peliharaan.

“KKM dan JKN (Jabatan Kesihatan Negeri) Sarawak akan mempertingkatkan lagi kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak, Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta agensi-agensi lain bagi memastikan langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan virus rabies dilaksanakan secara menyeluruh.” katanya.
rabies, Sibu, Noor Hisham

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain