Bermula tengah malam ini, arahan PKPD berkuatkuasa di Hulu Langat libatkan hampir 4,000 penduduk

SELEPAS dua kampung di Simpang Renggam, Kluang, Johor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), kini ia turut diperluas ke Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan dibuat mengambil kira jumlah kes yang tinggi di Maahad Tahfiz AnNabawiyyah di Batu 23 Sungai Lui di daerah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: PKPD: Zon merah di Selangor mungkin terima nasib sama seperti Simpang Renggam

Setakat ini, terdapat 71 kes positif jangkitan Covid-19 daripada 274 penghuni insitusi itu.

"Kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan (KKM) telah memutuskan untuk melaksanakan PKPD, arahan kedua selepas Simpang Renggam, di kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.

"Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan 3,918 orang penduduk merangkumi 700 rumah.

"Ini termasuk tujuh kampung iaitu dua perkampungan Orang Asli dan lima perkampungan Melayu. Perintah ini akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini, 30 Mac 2020 hingga 13 April 2020.," ujar Ismail dalam satu kenyataan.

Menurut Ismail, PKPD dilaksanakan bagi membendung jangkitan Covid-19 daripada menular keluar dari kawasan tersebut. 

Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khas 03-89254809 / 03-89114200 .

Dengan pelaksanaan perintah ini:

-Semua penduduk dan pelawat yang telah berada di kawasan tersebut tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

-Bukan penduduk dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

-Semua aktiviti perniagaan dihentikan.

-Makanan asas yang mencukupi untuk tempoh 14 hari akan dibekalkan kepada semua penduduk oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

-Pangkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPD.

-Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

-Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.

PKPD, Hulu Langat, Sungai Lui, Covid-19

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain