“Terpulang kepada saya...” - Semuanya selepas Apec, Tun M belum ada tarikh untuk lepaskan jawatan - Semasa | mStar

“Terpulang kepada saya...” - Semuanya selepas Apec, Tun M belum ada tarikh untuk lepaskan jawatan

Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) sewaktu sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada Jumaat malam.

TERPULANG kepada saya.

Demikian kata Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung peralihan kuasa kepimpinan negara ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemimpin Pakatan tiba ke mesyuarat Majlis Presiden PH, dijangka bincang peralihan kuasa

Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada Jumaat malam.

"Kita telah membincangkan mengenai masa depan parti. Terdapat dua pendapat tapi saya rasa bangga semua diserah kepada saya.

"Apa yang saya kata mereka akan turut. Saya rasa peralihan akan berlaku selepas sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec).

"Tiada masa, tiada tarikh, tiada apa. Hanya selepas Apec. terpulang kepada saya nak lepas atau tidak, itulah kepercayaan oleh parti pada saya... Alhamdulillah," ujarnya.

Dalam pada itu, presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menghormati pendirian itu.

Ujarnya, dia tiada keraguan untuk Dr Mahathir terus menjalankan tugas sebagai perdana menteri.

"Pendirian kita jelas. Tak ada keraguan komitmen untuk pastikan Tun M sebagai perdana menteri, jalankan tugas dengan dukungan penuh.

"Dalam perbincangan, saya sendiri cadang supaya Tun M diberi ruang mentadbir, bila dia tetapkan masa sesuai. Sementara itu saya kena sabar," ujar Anwar.

Antara perkara lain yang dibincangkan dalam mesyuarat itu termasuk Pilihan Raya Sarawak.

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain