Harga minyak RON97, RON95 naik dua sen... diesel kekal seperti minggu lalu - Semasa | mStar

Harga minyak RON97, RON95 naik dua sen... diesel kekal seperti minggu lalu

RON97 naik dua sen kepada RM2.38 seliter, manakala RON95 naik dua sen kepada RM2.08 seliter.

HARGA runcit petrol RON97 naik dua sen kepada RM2.38 seliter, manakala RON95 naik dua sen kepada RM2.08 seliter sementara diesel kekal pada harga RM2.14 seliter, berkuat kuasa tengah malam Jumaat hingga 28 Februari.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan memaklumkan berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu masing-masing sepatutnya RM2.08 dan RM2.14 seliter.

"Ini menunjukkan kenaikan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.06 seliter manakala diesel berada pada paras yang sama RM2.14 seliter,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut, harga runcit bagi petrol RON95 dinaikkan pada paras RM2.08 seliter dan harga runcit bagi diesel dikekalkan pada harga RM2.14 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.

"Namun apabila harga pasaran dunia naik dan demi melindungi pengguna daripada mengalami impak kenaikan harga, harga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter bagi petrol RON95 dan diesel, melalui pemberian subsidi," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

RON97 , RON95 , harga minyak

Artikel Berikut

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain