suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peralihan kuasa: Anwar gesa penyokong PH hormati keputusan Majlis Presiden

Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu penyokong PH khususnya dari PKR agar menghormati keputusan yang diputuskan Majlis Presiden.

DATUK Seri Anwar Ibrahim mahu setiap anggota PKR serta pihak lain yang menyokong Pakatan Harapan (PH) supaya menghormati keputusan mengenai peralihan kuasa yang diputuskan Majlis Presiden PH malam Jumaat.

Presiden PKR itu berkata keputusan yang dicapai dalam mesyuarat itu adalah secara konsensus dengan turut melibatkan keputusan beliau dan PKR.

ARTIKEL BERKAITAN: “Terpulang kepada saya...” - Semuanya selepas Apec, Tun M belum ada tarikh untuk lepaskan jawatan

“Oleh demikian, Parti Keadilan (PKR) secara keseluruhannya dan rakan-rakan lain harus hormati keputusan tersebut... saya boleh arah parti (PKR), yang lain itu saya boleh gesa mereka supaya hormati keputusan kerana tumpuan kita adalah tentang ekonomi dan kita menghadapi kesan daripada penularan koronavirus (Covid-19).

“Jadi saya merayu dan gesa kawan-kawan hormati keputusan ini... dari segi kepimpinan Keadilan saya tidak akan benarkan umpamanya mana-mana serangan ataupun kecaman terhadap keputusan ini,” kata Ahli Parlimen Port Dickson itu pada sidang media selepas Majlis Himpunan Enam Dekad Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Beliau mengulas dakwaan ada pihak tertentu yang mahu turun ke jalanan bagi mendesak peralihan kuasa dipercepatkan pada Mei depan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Putrajaya, berkata peralihan kuasa akan dilakukan selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) namun tiada tarikh ditetapkan untuk beliau menyerahkan jawatan nombor satu negara kepada penggantinya. - BERNAMA

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia