suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Covid-19: Dua rakyat Malaysia positif kini terima rawatan di Jepun

Kapal Diamond Princess sedang berlabuh di Pelabuhan Yokohama, Jepun.

DUA rakyat Malaysia di atas kapal Diamond Princess, yang berlabuh dan sedang dikuarantin di Pelabuhan Yokohama, Jepun, disahkan positif COVID-19 dan sedang dirawat di negara tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu terdapat dua lagi rakyat Malaysia yang masih menunggu keputusan ujian COVID-19. 

“Kapal persiaran Diamond Princess yang sedang dikuarantin, mencatatkan kes kluster terbesar di luar China dengan lebih 400 orang yang diuji disahkan positif.

"Terdapat dua rakyat Malaysia yang disahkan positif COVID-19 dan dua lagi masih menunggu keputusan ujian COVID-19 di atas kapal tersebut. Kedua-dua mereka yang positif sedang dirawat di Jepun,” katanya dalam satu posting di Facebook.

Pada Isnin, media melaporkan sebanyak 455 penumpang kapal itu disahkan positif COVID-19 sehingga kini. - BERNAMA

Artikel Lain