suria

Covid-19: Rakyat Malaysia dari Wuhan dibenar keluar dari pusat pemantauan selepas kuarantin

Seorang wanita yang memakai topeng muka di jalan di Hong Kong pada Selasa. Foto AP Photo/Vincent Yu

BAKI 105 rakyat Malaysia dan ahli keluarga mereka yang dibawa pulang dari Wuhan, China melalui misi bantuan kemanusiaan yang kemudian dikuarantin, akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bermula petang Selasa, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan Perdana Menteri berkata, jumlah itu merupakan sebahagian daripada 107 rakyat Malausia yang dibawa pulang dari Wuhan dan disahkan negatif koronavirus (Covid-19).

Mereka dapat kembali bersama keluarga masing-masing selepas dibenarkan keluar dari pusat pemantauan di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (Akept) di Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Dua rakyat Malaysia positif kini terima rawatan di Jepun

"Mereka yang dikuarantin di Akept tetapi didapati negatif akan dibenarkan keluar apabila mereka di bawah pemantauan selama 14 hari.

"Mereka akan dibenarkan pulang bermula pukul 2 petang hari ini (18 Februari)," kata Dr Wan Azizah kepada pemberita di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Putrajaya.

Terdahulu, dua rakyat Malaysia yang disahkan dijangkiti virus itu sewaktu ketibaan mereka di tanah air, dimasukan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

Mengenai dua rakyat Malaysia yang menaiki kapal persiaran Diamond Princess yang dikuarantin di Jepun dan disahkan positif Covid-19, Dr Wan Azizah berkata, mereka tidak akan dibawa pulang, sebaliknya menerima rawatan di Jepun. - The Star

Artikel Lain