suria

Buaya ‘peliharaan’ terlepas dari kandang selepas rumah pemiliknya dilanda banjir

Pasukan bomba di Limbang, Sarawak menangkap seekor buaya yang terlepas dari sebuah kampung yang dilanda banjir. Foto Bomba Sarawak

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Limbang di utara Sarawak menerima panggilan yang tidak dijangka selepas seekor buaya terlepas dari kandangnya di sebuah rumah kampung.

Pasukan itu menerima panggilan daripada seorang lelaki di Kampung Imok, Jalan Pendaruan, dekat bandar itu, yang meminta bantuan apabila 'haiwan peliharaannya' terlepas dari rumahnya yang dilanda banjir.

"Buaya itu disimpan dalam tangki air.

"Ia bagaimanapun terlepas ke kawasan yang dipenuhi air di luar rumah semasa banjir berlaku.

"Pemiliknya menghubungi Bomba Limbang bagi mendapatkan bantuan.

"Dia memberitahu buaya tersebut mula menjadi agresif," menurut jabatan itu.

Pasukan bomba ke lokasi kejadian dan berjaya menangkap buaya yang panjangnya berukuran 1.2 meter.

Mereka bagaimanapun mengambil haiwan reptilia itu daripada menyerahkannya semula kepada pemiliknya.

Ia bertujuan untuk diserahkan kepada pihak berkuasa hidupan liar yang berkaitan.

Kampung Imok merupakan salah satu kampung di Limbang yang ketika ini dilanda banjir semasa musim landas.

Musim landas di Sarawak menyamai musim tengkujuh di pantai timur Semenanjung. - The Star

buaya, banjir, JBPM, landas

Artikel Lain