suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

9 daerah di Johor terjejas akibat banjir, lebih 9,000 penduduk terpaksa dipindahkan

93 pusat pemindahan sementara dibuka setakat Isnin. FOTO: BERNAMA.

JUMLAH penduduk yang dipindahkan akibat bencana banjir di Johor meningkat kepada 9,151 orang pada Isnin pagi.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri Tan Chen Choon, pusat pemindahan sementara juga bertambah kepada 93 di sembilan daerah terjejas.

"Mangsa paling ramai di Kluang iaitu 2,666 orang diikuti Kota Tinggi (2,659) dan Segamat (1,350).

"Daerah lain termasuklah Mersing dengan 1,303 mangsa, Johor Bahru (766), Pontian (184), Kulai (124), Batu Pahat (74), dan Muar (25)," ujarnya.

Tambahnya lagi, banjir turut memaksa tiga jalan di Kota Tinggi ditutup manakala lima lagi jalan lain hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja.

Jalan yang ditutup termasuklah Jalan Kampung Mawai Lama, Jalan Ladang Bukit Payung, dan Jalan Ladang Logok - Jalan Ladang Bukit Kelompok.

"Penutupan jalan turut dilaporkan di Mersing akibat tanah runtuh di Teluk Arong yang mana hanya kenderaan ringan boleh melalui kawasan itu," katanya. - The Star.

banjir, Johor, tanah runtuh

Artikel Lain