suria

Kerajaan China jelaskan propaganda wujudnya penindasan di Xinjiang tidak betul

Kaum Uyghur dan kaum-kaum minoriti yang lain bukan sahaja tidak dianiaya di China, sebaliknya menikmati dasar dan kebajikan sosial yang lebih baik. Foto: The Star.

ISU Xinjiang paling kerap digembar-gemburkan oleh media Barat sejak tahun lalu hingga kini.

Laporan dengan paparan tajuk mengejutkan, contohnya 'gerakan penahanan Muslim sedang dijalankan secara besar-besaran di China', 'jutaan orang dipenjarakan di dalam kem penumpuan oleh kerajaan', 'krisis kemanusiaan yang paling teruk dalam 90 tahun', adalah antara permainan media seperti New York Times, CNN serta media Barat yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Masyarakat Islam Uighur dibenarkan solat Jumaat di Xinjiang, uji kerajaan China

ARTIKEL BERKAITAN: Johor, Gerbang Syarikat Xinjiang Ke Pasaran Halal Asean 

Laporan itu juga cuba menonjolkan bahawa penduduk beragama Islam dianiaya di China, namun sejauh manakah ia disiarkan berasaskan hakikat sebenar?

Realitinya, kerajaan China melindungi kebebasan beragama dan kepercayaan, menjaga hak dan kepentingan setiap kaum minoriti serta melarang diskriminasi terhadap mana-mana kaum, namun perkara itu tidak disiarkan media Barat.

Tarian Tartar yang dipersembahkan untuk pelawat di kampung Uyghur di rantau Yili di Xinjiang, China. 

Berikut adalah hakikat sebenar yang anda perlu tahu mengenai Xinjiang, sebagaimana tulisan yang dikongsi oleh Duta Besar China di Malaysia, Bai Tian.

1. Terdapat hampir 200 juta penganut agama di China, dengan lebih 20 juta adalah umat Islam. Kaum Hui dan Kaum Uyghur merupakan dua kaum utama dalam kalangan Muslim di China.

2. Lebih 28,000 tempat keagamaan, hampir 30,000 pengajar agama, di mana setiap 530 Muslim mempunyai satu masjid secara purata, di mana kadar ini lebih tinggi daripada negara-negara Islam seperti Turki.

3. Kaum Uyghur dan kaum-kaum minoriti yang lain bukan sahaja tidak dianiaya di China, sebaliknya menikmati dasar dan kebajikan sosial yang lebih baik daripada kaum Han, iaitu kaum majoriti di China.

4. Mengikut aspek kelahiran anak, untuk memastikan nisbah populasi kaum minoriti ditinggikan, kaum Uighur dan kaum minoriti lain menangguhkan pelaksanaan Polisi Pengawalan Kelahiran 10 tahun.

5. Dari segi dasar pendidikan, kebanyakan provinsi di China menjalankan polisi pendidikan wajib sembilan tahun percuma, manakala Xinjiang adalah provinsi pertama yang melaksanakan polisi pendidikan 15 tahun percuma.

6. Dasar pengebumian pula, penduduk Muslim dibenarkan untuk mengamalkan adat resam pengebumian menurut agama Islam, berbanding kaum Han yang menjalankan pembakaran mayat ekoran harga tanah yang meningkat.

Sejenis tarian kaum Uyghur yang mempamerkan kostum berwarna-warni.

Selain itu, menurut media Barat, China menindas kaum Uyghur dan kaum-kaum minoriti Muslim yang lain atas nama memerangi keganasan dan fahaman ekstremisme. 

Bagaimanapun ada beberapa fakta lain yang tidak dinyatakan secara jelas seperti berikut:

1. Sejak 1990-an, Xinjiang khususnya kawasan selatan yang miskin telah diresapi fahaman keganasan dan ekstremisme, misalnya daripada Pergerakan Islam Turkestan Timur (ETIM) secara berterusan.

2. Sebilangan pertubuhan asing yang mempunyai motif terselindung menawarkan dana kepada keluarga-keluarga tempatan untuk menggalakkan anak-anak yang tidak belajar di sekolah yang ditubuhkan oleh kerajaan, tetapi pergi sekolah agama yang haram dan menerima “pembaptisan” fahaman ekstremisme.

3. Sesetengah pengikut fahaman pemisahan menganjurkan pemisahan Xinjiang daripada China, dan menubuhkan “Negeri Turkestan Timur” yang mengamalkan sistem “teokrasi”.

4. Dari tahun 1990 ke hujung 2016, kumpulan pengganas, pelampau agama dan pengikut fahaman pemisahan dari dalam dan luar negara China telah mengadakan beribu-ribu insiden keganasan di Xinjiang dan kawasan-kawasan lain, yang menyebabkan kematian dan kecederaan ramai orang pelbagai kaum, beratus-ratus polis terkorban, kerugian harta benda tidak dapat dikira.

5. Tanggal 5 Julai 2009 dianggap sebagai hari yang paling hitam di Xinjiang, di mana ratusan pelampau agama kaum Uyghur menyerang orang biasa, pegawai keselamatan awam dan polis, serta menghancurkan dan membakar perbadanan kerajaan, rumah kediaman, kedai serta kereta di jalan bandar Urumqi, menyebabkan 197 maut, lebih 1,700 cedera.

6. Imam Masjid Id Kah di Kashgar, Xinjiang, iaitu Mullah Juma Tayier mengutuk insiden keganasan yang dirancang oleh kumpulan pemisahan asing atas nama agama. Namun Mullah dibunuh oleh tiga pelampau agama di luar masjid selepas beliau memimpin solat fajar pada 30 Julai 2014, kerana pernah beberapa kali mengutuk fahaman ekstremisme dan jenayah keganasan di Xinjiang.

7. Kerajaan pusat China dan kerajaan wilayah Xinjiang melaksanakan tindakan memerangi jenayah keganasan, memberi tumpuan kepada pencegahan keganasan dan penghapusan ekstremisme hingga membuahkan hasil apabila sehingga kini sudah tiga tahun tiada insiden keganasan berlaku di Xinjiang, di mana rakyat boleh keluar berjalan-jalan serta pergi ke pasar malam tanpa kebimbangan.

8. Pada 2018, industri pelancongan Xinjiang berkembang pesat, jumlah pelancong dari dalam dan luar China telah mencecah 150 juta, iaitu bertambah 40 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya.

Zon Perindustrian dan Pembangunan Teknologi Urumqi, berhampiran ibukota Urumqi, di Wilayah Autonomi Xinjiang Uyghur, China.

Tambahan itu, media Barat juga melaporkan bahawa Pusat Pendidikan dan Latihan Vokasional Xinjiang ialah “kem penumpuan”, di mana penduduk Muslim dipenjara dan mengalami “pembasuhan otak” dengan zalim.

Sebaliknya, laporan itu tidak mendedahkan bahawa hakikatnya, pusat pendidikan itu adalah seperti sekolah berasrama di mana pelatihnya boleh berkomunikasi dengan luar, balik rumah pada hujung minggu dan memohon hari cuti.

Malahan pelajar menguasai ilmu sains dan kebudayaan, kemahiran vokasional melalui kursus latihan. Selepas tamat pelajaran, mereka akan mencari rezeki dalam masyarakat dan memulakan kehidupan baharu semula.

"Seorang pelatih reka bentuk pakaian malah pernah memberitahu delegasi dari Malaysia yang datang bahawa dia memohon melanjutkan pelajaran tiga bulan lagi untuk menguasai kemahiran dengan lebih baik," kata Bai Tian.

Sementara itu, media Barat juga telah membesar-besarkan berita bahawa 23 negara termasuk Amerika Syarikat (AS) menuduh China tentang isu berkaitan Xinjiang pada mesyuarat Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) 2019. 

Tetapi media asing itu enggan memberitahu bahawa kebanyakan negara terbabit adalah negara Barat dan sekutu AS lazimnya, antaranya tidak terdapat negara Islam mahupun negara membangun.

Berkaitan Unga pula, pada mesyuarat tersebut, terdapat 66 negara lagi dalam ucapan bersama atau sendirinya telah memuji kemajuan China dalam bidang perlindungan hak asasi manusia dan dasar pentadbiran Xinjiang, dan menentang perbuatan campur tangan dalam urusan dalam negara itu atas nama isu hak asasi manusia.

Memburukkan lagi keadaan apabila laporan New York Times dan media Barat memfitnah kerajaan China melaksanakan dasar “No Mercy” kepada rakyat Uyghur, namun sebenarnya dasar itu adalah untuk kumpulan pengganas.

Kata Bai Tian, sejak 2015 hingga kini, kerajaan China telah menerbitkan tujuh Kertas Putih untuk memperkenalkan secara terperinci tentang dasar kaum dan agama, angkah-langkah menentang keganasan, dan kemajuan dalam bidang hak asasi manusia di Xinjiang.

Media Barat dengan sengaja mengabaikan laporan memaparkan keadaan benar dan positif tentang Xinjiang, sebaliknya lebih berminat menggembar-gemburkan berita yang memutarbelitkan fakta sekali gus membuatkan ramai tertanya-tanya, sama ada media Barat benar-benar peduli terhadap keadaan Muslim di China, atau mereka hanya mempergunakan isu Xinjiang sebagai senjata untuk mengutuk China.

Semenjak peristiwa 11 September 2001, kerajaan AS memperkuat tindakan memerangi keganasan, dan memandang diri sebagai pejuang anti-keganasan.

Bagaimanapun kata Bai Tian, apabila kegiatan keganasan berlaku di Xinjiang , kuasa besar dunia itu menyifatkannya sebagai “permulaan gerakan demokrasi China”, malah menyampaikan simpati dan memberikan dana kepada kumpulan pengganas ETIM.

Maka apakah agenda tersembunyi di sebalik sikap double standard ini?

Bagi negara Barat yang menguasai kebanyakan media arus utama dan platform media sosial seperti Twitter, Facebook, Instgram, adalah mudah untuk menceroboh dan menyerang sebuah negara bagi tujuan politik.

Haiwan meragut di padang rumput di kawasan pergunungan Tian Shan, Wilayah Autonomi Xinjiang Uyghur.

Menurut Bai Tian, sebagai wakil negara-negara membangun, China ditindas dan dihalang oleh sesetengah negara kuasa besar.

"Kuasa besar ini mengabaikan hakikat dan cuba mencapuri urusan dalam negeri China atas nama kaum, agama, hak asasi manusia, demokrasi dan kebebasan, bertujuan menghalang pembangunan dan perkembangan negara tersebut. Contohnya, menjadikan isu Hong Kong dan Xinjiang sebagai alat," katanya.

Sejak penghujung 2018, lebih 70 delegasi asing telah melawat ke Xinjiang, dengan jumlah ahli melebihi 1,000 orang, antaranya pegawai kerajaan, wartawan dan perbadanan Muslim dari Malaysia.

Delegasi ini mengenali keadaan pembangunan ekonomi dan masyarakat Xinjiang dengan pengalaman sendiri, serta mengunjungi Pusat Latihan Keterampilan dan Pendidikan Vokasional.

Apa yang mengejutkan, sesetengah delegasi yang sebelum ini hanya mengenali Xinjiang dari laporan media berpendapat bahawa gambaran media Barat adalah tidak benar sama sekali selepas mereka berpeluang melawat ke Xinjiang.

Misalnya, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim telah menerbitkan makalah pada Sinar Harian dan menulis bahawa masyarakat Xinjiang sangat memelihara budaya, tradisi dan adat resam warisan etnik-etnik Uyghur, Kazakh, Hui dan lain-lain.

Menurut tulisan itu, masyarakat setempat berprihatin terhadap kehidupan golongan minoriti Muslim di China, malah etnik-etnik tersebut mempunyai jalinan hidup yang utuh, saling membantu antara satu sama lain.

Sementara itu wartawan dari Indonesia seperti Metro TV, Media Indonesia dan lain-lain pula melaporkan bahawa Xinjiang mengutamakan pendidikan fahaman penganut agama, serta pelatihan terhadap pengajar agama.

Hakikatnya, China bukan satu negara yang menentang agama Islam. Bak kata pepatah China, 'desas-desus dihentikan oleh Si Bijak'.

Apa yang pasti, semakin ramai yang bersetuju dengan dasar kaum dan agama yang diamalkan oleh China, di samping menyokong usaha negara tersebut untuk mencegah dan memerangi ekstremisme dan keganasan.

Moga kunjungan anda ke Xinjiang dapat melihat sendiri usaha kerajaan China untuk mengekalkan keamanan, keharmonian, kestabilan dan pembangunan di provinsi ini.

Dengan itu, anda akan mendapati hakikat yang disembunyikan oleh media Barat. 

Xinjiang, Uyghur, media Barat

Artikel Lain