suria

Masih ungkit isu mesej Fuad Rahman, Sarah Yasmine suruh Tom fail saman - “Tapi atas sebab apa ya?”

Sarah tidak senang dengan tindakan Tom bercakap menganainya.

KEKASIH gelap Aliff Aziz bengang apabila penyanyi Tom masih memperbesar-besarkan isu dia ingin menyamannya susulan mendedahkan maklumat peribadinya di Instagram sebelum ini.

Kata Sarah Yasmine, 24, dia tidak takut sekiranya Tom pula ingin memfailkan saman terhadapnya walaupun tidak pasti atas alasan apa.

"Boleh DM tapi tak mahu, sembunyi dalam komen dan masih nak mencaci.

Copy of Untitled (17)

Sarah membuat penjelasan tersebut dalam sebuah hantaran di InstaStory pada Isnin.

"Saman saya sajalah tapi saya pun nak tahu saman atas sebab apa ya? Bukan saya yang dedahkan nombor telefon atau alamat rumah awak," katanya.

Sarah menjelaskan perkara itu menerusi hantaran di Instastory yang turut memaparkan tangkap layar komen ditulis Tom pada Isnin.

Tom dalam komennya memberitahu dia menanti surat saman daripada pihak Sarah memandangkan wanita asal Singapura itu pernah mengugut mahu menyamannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tom padam hantaran berkaitan kekasih gelap Aliff Aziz, tiada wang mahu bayar saman

ARTIKEL BERKIATAN: Hantar mesej dekat Fuad Rahman sebab Aliff Aziz dalam bahaya, Sarah Yasmine mahu saman Tom

Kata Tom, walaupun dia tidak mempunyai wang untuk membayar saman Sarah namun suaminya penyanyi Fuad Rahman berkemampuan.

"Tak sabar nak tunggu dia punya surat saman. Terus terang saya tiada duit nak saman dia atau bayar saman tapi suami saya ada duit. Jangan sampai dia pula yang saman awak," katanya.

Pada 25 April lalu, Tom mendedahkan mesej dihantar Sarah kepada Fuad di Instagram tanpa mengaburkan maklumat peribadi seperti telefon dan alamat rumah wanita tersebut.

Copy of Untitled (16)

Sarah memberitahu niat menghubungi Fuad adalah untuk meminta bantuan.

Tidak berdiam diri, Sarah tampil menjelaskan niatnya bukan untuk mengganggu atau meniympan perasaan terhadap Fuad sebaliknya mahu meminta bantuan mencari Aliff yang didakwa menghilangkan diri.

Sarah juga bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Tom dan suami kerana mendedahkan maklumat peribadinya.

Tom kemudiannya bertindak memadam tangkap layar mesej dihantar Sarah dan memberitahu tidak mempunyai wang untuk dibayar kepada wanita itu sekiranya disaman.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain