suria

[V] Mengaku rumah tangga sedang bergolak, Nora Danish dan Nedim tinggal berasingan

TANPA berselindung, pelakon Nora Danish mengakui perkahwinannya dengan suami Nedim Nazri yang dibina sejak 2017 sedang bergolak.

Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 42, bagaimanapun berkata, mereka berdua sedang berusaha menangani semua masalah yang berlaku di antara mereka secara matang.

Kata Nora, dia dan Nedim juga sudah tinggal berasingan sejak tiga bulan lalu dan kini menetap di rumah keluarga masing-masing.

“Kita manusia biasa, tidak lari daripada kesilapan. Tujuh tahun berkahwin, memang ada pergolakan tetapi kami cuba tangani sebaik mungkin.

nora1 - 1

Nora mengakui hubungannya dengan suami sedang bergolak.

“Buat masa ini, lebih baik tinggal berasingan di rumah keluarga masing-masing. Perkahwinan kadang-kadang perlukan ruang, itu lumrah.

"Bagaimanapun kami setiap hari akan berjumpa malah baru pulang bercuti baru-baru ini,” katanya.

Nora memaklumkan perkara itu ketika ditemui di majlis sambutan Hari Raya anjuran 4ward Entertainment Sdn Bhd bersempena filem Harimau Malaya dan Terkutuk di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: 4 bulan tidur hotel, ubah suai rumah tak siap-siap... Nora Danish bagi tempoh sampai minggu depan

ARTIKEL BERKAITAN: Kerja cincai, Nora Danish perli kontraktor ubah suai rumah - "Finishing tak berapa nak finish sangat"

Dalam pada itu, Nora berkata, masalah rumah tangga dihadapinya ketika ini tiada kaitan dengan campur tangan orang ketiga.

Malah dia dan Nedim tidak terfikir tentang soal penceraian yang disifatkan sebagai jalan terakhir dan menyerahkan soal itu kepada ketentuan Allah.

“Apa yang berlaku, tiada kena mengena dengan orang ketiga, lebih kepada persefahaman masing-masing. Rumah tangga mana tiada masalah.

“Penceraian adalah jalan terakhir. Apa juga keputusan, saya harap yang terbaik untuk kami berdua dan anak-anak,” ujarnya.

553

Pasangan ini berkahwin pada 2017.

Desas desus pergolakan rumah tangga Nora dan Nedim mula bertiup kencang selepas mereka tidak berkongsi gambar menyambut hari raya bersama baru-baru ini.

Pada pagi Isnin, Nedim meluahkan rasa kurang senang apabila nama isterinya turut dipetik dalam kes membabitkan kontroversi pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya, Nedim memberi amaran kepada individu terbabit untuk tidak melibatkan Nora dalam kes tersebut.

WhatsApp Image 2024-04-29 at 5.04.29 PM

Nora dan Nedim tidak terfikir soal cerai dan ingin menyelesaikan masalah secara matang.

Nedim memberitahu dia akan mempertahankan Nora sekiranya nama aktres itu sekali lagi dipetik.

Untuk rekod, Nora dan Nedim atau Mohamad Nedim Nazri mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl, enam tahun.

Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal, 15 tahun sebelum bercerai pada 2008.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

Artikel Lain