suria

“Be a man!” - Bukti sudah terlalu banyak, sahabat baik gesa Aliff Aziz muncul selesaikan kontroversi

Nick (kiri) minta Aliff munculkan diri.

SEBAGAI seorang sahabat pelakon asal Singapura Nick Mikhail Razak menasihati aktor Aliff Aziz supaya tampil berdepan kontroversi membabitkan namanya yang hangat diperkatakan ketika ini.

Nick yang sudah menganggap Aliff sebagai adik memberitahu pelakon itu perlu berani berdepan dengan semua masalah dihadapi seperti seorang lelaki sebenar dan bukannya bersembunyi.

"Jadilah seorang lelaki, munculkan diri. Saya harap awak tampil dan selesaikan. Jangan tunggu sampai umur 40 tahun baru nak sedar. Be a man!

aliff aziz 33

Nick sentias menyokong kerjaya Aliff.

"Kalau salah mengaku salah. Kita lelaki sebagai nakhoda, takkan biarkan kapal karam?," katanya.

Nick berkongsi perkara tersebut dalam satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Suami kepada personaliti media sosial King Coco itu juga dipercayai sudah menghubungi Aliff namun panggilan dibuat tidak dijawab pelakon asalah Singapura itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kutuk Bella Astillah wanita psiko, Sarah Yasmine terpengaruh cerita Aliff Aziz

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hubungan kini hanya sekadar kawan, Sarah Yasmine sudah sekat Aliff Aziz - “Nak lebih tanya semula selepas cerai”

Nick juga memberithu dia tidak mengetahui keberadaan Aliff ketika ini.

Dalam masa sama, Nick berpendapat agar lebih baik Aliff melepaskan isterinya iaitu pelakon Bella Astillah sekiranya perkahwinan mereka tidak lagi boleh diselamatkan.

"Kalau dengan Bella tidak boleh selesai, cerailah. Jadi ibu bapa yang baik. Cari duit untuk beri makan kepada anak-anak. Jangan sampai orang cakap kau tak pandai cari duit.

Tutuplah mata, bayangkan muka Umi, bayangkan muka anak-anak

NICK MIKHAIL

"Kalau sayang Sarah, cerai Bella kahwinlah dengan dia. Kalau buruk isteri sekalipun janganlah curang. Sekiranya tidak bahagia, tak perlu terus kekal dalam perkahwinan," jelasnya.

Tambah Nick dia antara individu yang banyak membantu Aliff selama ini serta menjadi tulang belakang menyokong kerjaya seni aktor berkenaan.

Nick juga meluahkan rasa sedih apabila ibu serta keluarga Aliff menjadi tempias kecaman tatkala isu hubungan terlarang pelakon tersebut hangat diperkatakan.

cap3 - 1

Kisah kecurangan Aliff kini menjadi tumpuan ramai.

"Bukti yang Sarah keluarkan dah terlalu banyak. Kau tak boleh lari. Kesian Umi (ibu Aliff) dan keluarga kena tempias.

"Tutuplah mata, bayangkan muka Umi, bayangkan muka anak-anak," nasihatnya.

Sejak minggu lalu kemelut melibatkan Aliff terus hangat apabila muncul wanita bernama Sarah Yasmine mendedahkan segala kecurangan termasuk hubungan mereka berdua.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain