suria

Sophia Albarakbah sibuk hadiri kelas bahasa Jepun, akan tampil perjelas dakwaan masih hubungi Aliff Aziz

Nama Sophia turut terkait dalam kontroversi membabitkan Aliff.

PELAKON Sophia Albarakbah akan tampil memberikan kenyataan berhubung dakwaan masih berhubungan dengan penyanyi Aliff Aziz apabila sudah bersedia.

Pengurus Sophia iaitu Nik Yasmin memberitahu pihaknya sedia maklum tentang isu tersebut namun tidak boleh membuat sebarang kenyataan kerana ia urusan peribadi pelakon berkenaan.

"Kita tunggu dia cakap sendiri sebab saya tak mahu salah cakap, saya pula hanya menguruskan kariernya sahaja. Saya tak mahu apa yang keluar daripada mulut saya akan beri kesan kepada kerjaya Sophia.

Sophia bakal membuat kenyataan berkenaan hubungannya dengan Aliff.

Sophia bakal membuat kenyataan berkenaan hubungannya dengan Aliff.

"Saya tahu benda yang berlaku dan sudah tentu saya pihak pengurusannya prihatin dengan benda sedang rancak diperkatakan.

"Kami pun ada berbincang kerana ketika kejadian itu berlaku kami ada bersamanya," katanya kepada mStar.

Nik Yasmin memaklumkan perkara itu ketika ditemui di majlis sambutan hari raya anjuran 4ward Entertainment Sdn Bhd bersempena pelancaran filem Harimau Malaya dan Terkutuk yang diadakan di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Sarah Yasmine tak duduk diam, kali ini dedah Aliff Aziz dan Sophia Albarakbah masih berhubung

ARTIKEL BERKAITAN: Cukuplah kontroversi! Sophia Albarakbah tak mahu toleh belakang lagi, murah rezeki banyak tawaran lakonan

Bagaimanapun Sophia tidak hadir pada majlis tersebut.

Tambah Nik Yasmin, Sophia bukan sengaja tidak hadir ke majlis tersebut sebaliknya perlu menghadiri kelas bahasa Jepun bagi persediaan drama From Saga With Love musim kedua yang akan menjalani penggambaran pada Mei ini.

Baru-baru ini, kekasih gelap Aliff iaitu Sarah Yasmine mendedahkan Sophia masih berhubungan dengan Aliff.

Sarah turut memuat naik perbualan mesej yang mendedahkan Aliff dan Sophia masih berhubungan sehingga Mac lalu.

Sarah turut mendakwa Sophia mempunyai akaun Instagram palsu yang digunakan untuk berkomunikasi dengan Aliff.

sophia2 - 1

Sophia dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Aliff.

Pada tahun lalu, Sophia dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Aliff dan pelakon Bella Astillah.

Mereka dikatakan mula akrab selepas terlibat dalam penggambaran menerusi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Bella apabila mengetahui Sophia menghubungi suaminya setiap hari.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain