suria

Ramai pelik kenapa kena buat bedah siasat walau dah tahu punca kematian... Ini penjelasan Dr Alep

Dr Alep menerangkan kenapa bedah siasat perlu dilakukan.

NAHAS udara yang meragut nyawa 10 wira negara melibatkan dua helipokter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, Perak masih menjadi bualan.

Antara isu yang berbangkit susulan tragedi ini adalah mengenai proses bedah siasat yang tetap dilakukan walaupun laporan rasmi menyatakan semua tentera meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang doktor yang terkenal di TikTok, Dr Aliff Zaki tampil menjelaskan mengenai spekulasi atau persoalan berhubung bedah siasat tersebut.

Menurutnya yang mesra disapa Dr Alep, prosedur tersebut dilakukan pihak hospital bagi membuktikan punca kematian yang perlu dikemukakan dalam sijil kematian yang bakal dicetak.

Jelasnya, apabila berlaku insiden sedemikian, pelbagai kecederaan boleh terjadi.

Dr Alep menerangkan tentang proses bedah siasat dalam satu hantaran di TikTok.

Sebagai contoh, kecederaan parah pada otak boleh berpunca disebabkan terjatuh lalu terhantuk atau dihempap objek berat sehingga membawa kepada kematian.

Selain itu, Dr Alep turut memberikan contoh mengenai pendarahan teruk yang boleh membawa kepada serangan jantung dan menjadi punca kematian ketika terjadinya kemalangan.

Justeru, segala kemungkinan ini perlu diambil kira oleh pihak bertanggungjawab untuk melakukan diagnosis perubatan terhadap mangsa supaya punca kematian itu boleh dinyatakan dalam sijil kematian.

Maka, post-mortem atau bedah siasat perlu dilakukan untuk mengemukakan kenyataan punca kematian sebenar secara perubatan.

Lebih-lebih lagi apabila punca sebenar kematian penting untuk dikenal pasti kerana sijil mati yang akan dikeluarkan berfungsi untuk pelbagai urusan, terutamanya bagi kegunaan waris mangsa juga urusan mahkamah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain