suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penghibur sarkas dikejarkan ke hospital, terjatuh depan penonton ketika aksi ‘Wheel of Death’

Mangsa hanya cedera ringan di pergelangan tangan.

SEORANG penghibur sarkas terjatuh daripada 'Wheel of Death' ketika sedang membuat persembahan di Blackpool Tower Circus, United Kingdom (UK).

Penonton, termasuk kanak-kanak, terkejut apabila mangsa yang sedang membuat persembahan di atas alat berputar itu terjatuh ke lantai, kira-kira pukul 5 petang, Sabtu.

Mangsa, dikenali sebagai Juan terus menerima rawatan kecemasan sebelum dia dikejarkan ke hospital.

Dia juga dilaporkan "sembuh dengan baik" kerana hanya cedera ringan di pergelangan tangannya.

Insiden itu tular selepas seorang penonton membuat perkongsian di laman X.

"Kemalangan serius di Blackpool Tower Circus. Seorang penghibur sarkas terjatuh beberapa kaki daripada roda aksi maut ke lantai sarkas.

"Paramedik membawanya ke hospital. Berdoa semuanya baik-baik saja," ciap seorang pelayar X.

Jurucakap Merlin Entertainments mengesahkan insiden malang itu dan memuji tindakan pantas pasukan kecemasan yang segera membantu mangsa. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain