suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita ditemukan terapung dalam sungai, 'naluri' anjing peliharaan berjaya selamatkan tuan

Tindakan anjing peliharaan berjaya menyelamatkan nyawa wanita ini.

SEORANG wanita di China yang cuba membunuh diri telah diselamatkan anjing peliharaannya.

Menurut pasukan polis, pada 7 April lalu, wanita dari Wilayah Jiangsu itu bertindak meninggalkan rumah selepas berlaku pertengkaran dengan keluarganya.

Tindakan wanita tersebut disedari oleh anjing peliharaan yang kemudian mengekorinya sehingga ke sungai.

Malah, dalam keadaan tertekan, dia turut menghubungi polis dan memaklumkan niatnya untuk terjun dari bangunan.

Susulan daripada itu, pegawai polis melakukan carian sehingga ke tebing sungai berhampiran rumah wanita terbabit dan menemukan anjing peliharaannya.

Mereka kemudian mengikut arah anjing tersebut berlari sebelum menemukan wanita terbabit terapung di dalam sungai.

Bertindak pantas, pasukan polis berusaha membawa keluarnya dan memberikan bantuan kecemasan.

Wanita terbabit akhirnya berjaya diselamatkan. - South China Morning Post

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain