suria

3 unit pejabat kena pecah masuk, Ayu Puteh berputih mata lesap RM100,000

Ayu berdepan musibah pejabat dipecah masuk.

PENERBIT Datuk Ayu Puteh berputih mata menanggung kerugian lebih RM100,000 selepas pejabat miliknya yang terletak di Damansara Damai dipecah masuk pencuri.

Menurut Ayu atau Normashayu Puteh, 48, kejadian tersebut disedari sekitar pukul 9 pagi Isnin apabila kakitangannya sampai ke premis berkenaan bagi memulakan tugas.

"Awal pagi staf saya dah hubungi dan minta untuk saya segera datang ke pejabat. Mereka mula nampak pintu depan terbuka dan syak pejabat dipecah masuk.

ayu puteh 2

Keadaan pejabat yang dipecah masuk.

"Saya pun terus ke pejabat dan sampai sekitar pukul 9.30 pagi. Memang keadaan sangat teruk. Habis keadaan berselerak dan ia melibatkan tiga unit pejabat.

"Setakat ini saya boleh pastikan wang tunai RM100,000 yang sepatutnya digunakan untuk penggambaran drama lesap," katanya kepada mStar.

Tambah Ayu, dia terus menghubungi balai polis terdekat selepas melihat kejadian tersebut dan pihak berkuasa meminta agar tidak menyentuh mana-mana kawasan bagi tujuan siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Puteh kongsi perkenalan Azri Iskandar dan usahawan bergelar Datuk, anak-anak bagi restu tamat zaman duda

ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Puteh dedah pengurus artis baharu tak sedar diri, berani letak harga tinggi tapi berlakon kayu

Selain wang tunai, Ayu juga turut berasa ralat apabila lapan footage filem terdahulu habis rosak disimbah air.

Dia juga tidak dapat melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTC) kerana penjenayah berkenaan memotong kabel selain membawa lari komponen sistem alat berkenaan.

"Rasanya dia masuk melalui bahagian siling. Tak boleh nak tengok CCTV dan habis dia angkut sistem dan dah potong wayar.

Saya tak menolak pencuri sudah merancang awal dan tahu latar belakang perniagaan kami

DATUK AYU PUTEH

PENERBIT

"Paling saya sedih footage filem-filem terdahulu rosak sebab disimbah air. Tak tahu apa motif dia buat begitu," ujarnya.

Ayu turut memohon bantuan orang ramai yang mungkin melihat sebarang kecurigaan di kawasan berkenaan pada Sabtu dan Ahad lalu menghubunginya bagi memberi maklumat.

"Disebabkan tak boleh tengok CCTV, jadi kami tidak boleh tahu bila pencuri masuk. Kali terakhir saya berada di pejabat adalah pada Jumaat.

ayu puteh 3

Ayu mohon orang ramai kongsi maklumat.

"Saya tak menolak pencuri sudah merancang awal dan tahu latar belakang perniagaan kami.

"Jadi saya mohon sesiapa yang nampak boleh hubungi untuk beri maklumat," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain