suria

“Muka macam kerja bengkel...” - Asalnya terdesak cari pendapatan, produk kecantikan Shuk Sahar rupanya laris

Shuk bersyukur masih ada lagi yang menyokongnya dengan membeli Saranghae Serum.

KONTROVERSI yang menghimpit pelawak Shuk Sahar tiga tahun lalu memberi kesan besar kepada karier seninya apabila ramai enggan memberi tawaran sehingga menjejaskan pendapatan.

Tidak pernah patah semangat memperbaiki kehidupan demi kelangsungan hidup, Shuk atau Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 38, memberitahu sejak itu juga dia cuba menjalankan beberapa perniagaan dalam usaha menjana pendapatan.

Namun kontroversi dan populariti sebagai selebriti tidak membuka jalan mudah buat Shuk malah pernah merasai kegagalan dalam perniagaan dijalankan.

Bisnes kolaborasi bersama rakan niaga iaitu Semooth Cafe yang diusahakan terpaksa ditutup pada 2021.

size NP 1 - 2024-04-26T173603.293

Berniaga merupakan sumber pendapatan Shuk selepas tiada tawaran kerja.

Shuk kemudiannya beralih dengan jualan nasi kerabu dan air di bawah jenama Sell Tea.

Terbaharu, sejak lebih setahun lalu, Shuk berjinak-jinak pula dengan memasarkan produk penjagaan kulit iaitu Saranghae Serum yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna di Malaysia termasuk Singapura.

Apa agaknya membuatkan Shuk memberanikan diri melibatkan diri dalam perniagaan berkaitan kecantikan? Jom ikuti temu bual mStar bersama pelawak ini.

1. Apakah sebab utama Shuk memilih produk kecantikan sebagai perniagaan utama untuk dipasarkan?

Cerita fasal produk kosmetik ni sebenarnya masa balik Pulau Pinang pada Oktiber 2022 tanpa ada apa-apa pendapatan, kebetulan kawan baik saya ada kilang OEM (Original Equipment Manufacturer) untuk buat produk.

Awal-awal tu saya tak yakin, iya lah muka pula tak macam jual produk kecantikan... Muka macam kerja bengkel. Kemudian kawan kata cuba buat satu produk sebagai percubaan dan dia buatkan serum untuk saya.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Shuk Sahar buka kedai kopi tepi jalan, kontroversi rumah tangga tak patahkan semangat untuk cari duit

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Buka kedai minuman, Shuk Sahar dituduh sengaja tiru bisnes Shuib... terus-terang memang ada minta tip perniagaan

Pada awalnya saya sendiri pakai sebab kebetulan masa itu saya kena gigit semuat Charlie tapi bila pakai serum itu muka jadi elok dan cerah.

Saya cuba jual lepas tu Alhamdulillah rezeki, memang ada hasil dan orang tak tengok muka tapi keberkesanan produk tersebut.

Nama Saranghae sebab nama itu bermaksud saya sayang awak dalam bahasa Korea, jadi ambil dari situ.

size NP 1 - 2024-04-26T173511.584

Perniagaan Semooth Cafe yang diusahakan terpaksa ditutup.

2. Apa kelebihan serum ini berbanding produk-produk yang ada di pasaran luar?

Serum ini bagus sebab pertama wajah saya sendiri semakin cerah lepas digunakan, lepastu kalau sesiapa yang ada ekzema produk ini sangat membantu.

Malah ramai orang Singapura beli berulang kali sebabkan produk Saranghae Serum sangat berkesan mengurangkan gatal ekzema.

Lagipun produk serum itu tiada bahan merkuri atau paraben kerana semuanya organik sebab ikut formula daripada negara Korea.

3. Bagaimana dengan sambutan diterima setakat ini? Kalau boleh kongsikan jumlah produk yang telah dijual untuk perniagaan ini?

Sambutan 2023 meriah tapi untuk tahun 2024 agak perlahan sedikit, sebab itu sekarang saya cuba ke arah F&B, saya jual nasi kerabu dan air jenama Sell Tea iaitu mesin air macam pam minyak.

Berkaitan jualan serum pula tidaklah banyak tapi syukur selepas lebih setahun sudah hampir 50,000 botol terjual, lagipun saya berniaga sebab nak teruskan kelangsungan hidup.

size NP 1 - 2024-04-26T173545.887

Selain berniaga, Shuk menjadi panel tetap dalam podcast OKLETSGO.

Kena meniaga sebab saya ada tanggungan, walaupun balik Pulau Pinang saya tinggal sendiri bukan dengan mak dan ayah. Ada anak lagi, nak bayar duit makan lagi, RM50 sekarang dengan dulu berbeza.

4. Boleh kongsikan rancangan Shuk selepas ini dalam dunia bisnes?

Buat masa ini selain jadi pengacara di Podcast OKLETSGO perniagaan adalah sumber pendapatan saya dan tak dinafikan setiap perusahaan itu perlukan inovasi.

Jadi tidak boleh terikat dengan satu perancangan sahaja, insya-Allah ada rancangan nak buat satu lagi produk kecantikan kulit atau minyak wangi di bawah jenama Saranghae.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain