suria

Haneesya Hanee bukan wanita bersama Aliff Aziz dalam bas, pelik nama kena petik netizen - “Aku ada kereta sendiri”

Haneesya sangkal dakwaan miliki hubungan dengan Aliff Aziz.

PELAKON dan model Haneesya Hanee tampil menjawab tuduhan netizen yang mendakwa dirinya mempunyai hubungan dengan pelakon Aliff Aziz.

Ia susulan foto mirip pelakon Aliff Aziz menaiki bas bersama seorang wanita yang dikatakan adalah dirinya.

Menjawab mengenai perkara itu, Haneesya atau Sharifah Haneesya Sayed Sahlan, 24, menyangkal perkara tersebut selain meminat netizen tidak membuat tuduhan melulu.

hanee 1

Haneesya pening kepala dengan gelagat netizen.

Katanya, dia tidak perlu bersusah payah menaiki bas memandangkan memiliki kereta sendiri.

“Jangan petik-petik nama aku. Mak aku marah. Sebelum nak menuduh itu, cuba fikir dulu, fikir dulu biar betul dulu sebelum nak menuduh, nak menfitnah ini.

“Aku ini ada kereta tau, kereta aku selesa, aku boleh baring boleh letak kaki, boleh buka lagu. Buat apalah aku nak naik bas," katanya.

Haneesya berkongsi perkara itu menerusi sebuah video di TikTok miliknya pada petang Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Artis lain tular tapi netizen ungkit gelaran Dewi Remaja ditarik balik, Haneesya Hanee hanya mampu ketawa

ARTIKEL BERKAITAN: Haneesya Hanee jalani pembedahan tulang belakang, dedah hidap scoliosis sejak 2015

Menurut Haneesya, apa yang berlaku ketika ini tiada kaitan dengan dia sebaliknya bahagia bersama keluarga.

Malah dia juga sentiasa mengikuti perkembangan kontoversi yang sedang hangat diperkatakan.

“Keduanya, hanya sebab mereka berdua berkawan baik... janganlah kau cari aku, apa kaitan dengan aku. Lah tiba pulak aku kena petik.

“Aku aman damai bersama keluarga aku, tiba pulak dah benda alah ini.

553 (23)

Kemelut Bella, Ruhainies, Aliff dan Sarah masih berpanjangan.

“Yang lagi kelakar, setiap malam aku berdiskusi dengan mak aku tentang isu Aliff Aziz ni, sudah itu pulak nama aku yang kena petik,” jelasnya.

Sementara itu dia juga berharap orang ramai tidak terlalu taksub dengan kontroversi yang hangat ketika ini sehingga turut membabitkan nama orang yang tidak bersalah.

Sebelum ini, kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine mendakwa mengenali individu yang duduk bersama Aliff di dalam bas.

Meskipun tidak mendedahkan nama wanita berkenaan namun rata-rata netizen menyebut individu tersebut adalah Haneesya.

Pada 24 April lalu, isu membabitkan Aliff bertambah panas apabila Sarah mendedahkan pelbagai mesej perbualan dipercayai milik pelakon itu dengan seorang individu yang dinamakan sebagai 'NRF' sehingga ia turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong dan Caprice

Pendedahan itu dibuat selepas Sarah mengaku dia ialah kekasih Aliff dan terpanggil untuk mendedahkan identitinya selepas tidak tahan melihat aktor itu dihentam teruk susulan kes khalwat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain