suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kemalangan ngeri trak pikap berlanggar lori batu libatkan 3 mangsa

Kemalangan jalan raya antara sebuah trak pikap dan lori batu.

DUA lelaki meninggal dunia selepas trak pikap dinaiki mereka bertembung dengan lori batu berhampiran Kampung Bakol, Limbang, Sarawak.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 2.57 petang pada Isnin.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang segera digerakkan ke lokasi yang terletak pada jarak 16 kilometer.

Setibanya di lokasi kemalangan, pasukan bomba mendapati seorang daripada mangsa tercampak keluar dari Toyota Hilux terbabit manakala seorang lagi masih tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

“Setelah pemeriksaan oleh paramedik, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya mayat Mohamad Ardie Khan Karim, 39, dan Ngu Tiong Hieng, 33, diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, pemandu lori 10 tan yang terlibat kemalangan dilaporkan selamat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain