suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua bangunan kilang proses cat di Meru terbakar

Keadaan kebakaran di kilang cat di Taman Perindustrian Meru.

DUA bangunan kilang memproses cat musnah dalam kebakaran di Taman Perindustrian Meru, Kapar di Selangor, pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 6.34 pagi.

Ujar beliau, seramai 39 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar, BBP Klang Utara dan BBP Andalas dikejarkan ke lokasi kejadian.

Turut sama terlibat, anggota BBP Pelabuhan Klang, BBP Kota Raja, BBP Shah Alam, BBP Bukit Jelutong serta BBP Rawang.

Menurut beliau, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya dan tidak tidak melibatkan sebarang kehilangan jiwa atau kecederaan.

Tambahnya, setakat ini punca kejadian masih dalam siasatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain