suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas pelajar MRSM tiada bukti tuduh cikgu lakukan pedofilia... Kini polis siasat motif pengadu - “Guru itu mempunyai sikap baik”

Siasatan selesai selepas kenyataan diambil daripada kedua-dua pihak. -Foto The Star

SIASATAN kes seorang guru didakwa melakukan pedofilia di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Tumpat, Kelantan sudah selesai.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata siasatan selesai selepas kenyataan diambil daripada kedua-dua pihak.

Seramai 14 individu termasuk guru dan pelajar sudah dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kes pedofilia berkenaan, manakala penulis yang membuat hantaran di media sosial Instagram dan Facebook turut dikenal pasti.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai bekas pelajar mengaku jadi mangsa, guru MRSM didakwa pedofil digantung tugas

"Hasil siasatan mendapati tidak ada bukti menunjukkan berlakunya gangguan seksual dan tidak wujud pedofilia terhadap mangsa yang kini berusia 24 tahun.

"Ini berikutan, guru yang didakwa itu mempunyai sikap dan kriteria yang baik. Namun, kita menunggu laporan perubatan ke atas wanita berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada Isnin.

Terdahulu gempar di media sosial apabila seorang bekas pelajar MRSM Tumpat mendakwa wujud guru yang 'kebal' daripada diambil tindakan meskipun berleluasa menjalankan kegiatan pedofilia.

Bekas pelajar itu yang juga seorang wanita mendakwa dia pernah menjadi mangsa guru terbabit serta ramai lagi mangsa lain yang turut dinodai sehingga kini.

Muhamad Zaki seterusnya berkata siasatan sedang dijalankan untuk menentukan sama ada penulisan itu dibuat kerana dendam atau fitnah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain