suria

Tuan rumah meninggal, penyewa enggan bayar sewa! Anak buntu dulu arwah ayah jenis tak berkira, tiada dokumen perjanjian

Banyak kisah mengenai penyewa yang culas membayar sewa dipaparkan di media sosial. -Gambar hiasan

KISAH membabitkan penyewa yang culas untuk membayar sewa rumah sering dikongsikan di media sosial.

Dalam satu hantaran di laman Facebook, seorang individu turut meluahkan masalah sama yang dihadapinya gara-gara penyewa rumah arwah bapanya enggan melunaskan bayaran tertunggak yang kini berjumlah empat angka.

Menurut individu tersebut, dia dan ahli keluarganya berdepan masalah untuk menuntut bayaran ekoran ketiadaan dokumen atau hitam putih mengenai urusan sewa yang sebelum ini hanya dikendalikan oleh arwah bapanya.

"Rumah sewa itu adalah rumah sewa ayah saya. Ayah saya telah kembali ke rahmatullah hujung tahun lepas. Urusan sewa tanpa hitam putih... style orang lama, kehendak ayah saya sendiri.

sewa 2

Sebarang perjanjian mengenai urusan harta atau hartanah perlulah mempuanyai dokumen untuk mengelakkan masalah di kemudian hari. -Gambar hiasan

"Semasa ayah masih ada, hanya permulaan sahaja bayaran penuh iaitu RM550 lokasi Selangor, rumah apartment biasa sahaja.

"Lama kelamaan dia (penyewa) mengurangkan bayaran dengan pelbagai alasan tak cukup. Hutang dah jadi empat angka. Belum masuk bil api air bayar ikut suka hati.

"Setelah ayah saya tiada, dia terus tak bayar dengan pelbagai alasan yang tak cukup itu tak cukup ini," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Berlagak alim tapi culas bayar sewa, siap guna hadis enggan keluar rumah... “Aku benci tunggang agama untuk tutup kesalahan”

ARTIKEL BERKAITAN: Dahlah culas bayar sewa, rumah bertukar bengkel kereta... paling uji kesabaran bil tertunggak lebih RM5,000! - “Bila minta duit, tuan rumah dimaki hamunnya”

Biarpun sudah menggunakan pendekatan yang baik untuk tidak mengeruhkan keadaan, namun ujarnya, penyewa berkenaan tetap enggan memberikan kerjasama.

Justeru, individu tersebut berkata dia dan keluarganya sepakat untuk mengarahkan penyewa berkenaan mengosongkan rumah sewa milik arwah bapa mereka kerana tidak mahu masalah terus berpanjangan.

Bagi notis pindah, atau buat surat perjanjian baru make sure dia sign, tak sign halau.

NETIZEN

"Apakah cara terbaik untuk saya beri arahan keluar rumah tersebut? Kerana kami tiada hitam putih perjanjian sewa.

"Kalau sekadar tegas sahaja mungkin dia buat tak tahu," luahnya lagi.

komen sewa

Antara cadangan yang disarankan oleh warga maya.

Hantaran individu berkenaan mengundang simpati warga maya dengan ramai yang memberi pelbagai cadangan kepada situasi yang dihadapinya.

"Harta tu nama ayah kan. Pergi ke pejabat pusaka kecil untuk mula uruskan harta pusaka. Dapatkan perintah kuasa mentadbir harta pusaka. Baru nanti kalau saman kita ada locus untuk hadir sebagai pentadbir.

"Bagi notis pindah, atau buat surat perjanjian baru make sure dia sign, tak sign halau. Orang macam ni tak layak menyewa, siap ambil kesempatan lagi tu.

"Charge menceroboh... dia pun tak ada perjanjian sewa. Ataupun suruh dia sign kontrak sewa yang baru je," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain