suria

Dua jam siap kupas 1,500 biji telur... Cef ajar cara rebus ikut suhu dan masa, senang nak kopek kulit

Hafiz menunjukkan telur-telur yang telah dikupas kulitnya menggunakan kaedah diajar seorang cef.

TELUR rebus selain dimakan begitu sahaja turut dijadikan lauk atau pelengkap hidangan seperti mi.

Turut menjadi bahan 'wajib' dalam hidangan nasi lemak, setiap telur yang sudah direbus perlu dikupas kulitnya terlebih dahulu.

Namun, kulit telur ada kalanya sukar untuk dikupas sehingga prosesnya mengambil masa yang lama.

Usah risau... ada cara mudah boleh anda lakukan sekiranya mengikut petua diajar oleh Hafiz Fizzainal di Facebook.

Menurut Hafiz, kaedah untuk merebus telur supaya senang dikupas kulitnya ini dikongsikan kepadanya oleh seorang cef.

Telur rebus banyak digunakan dalam makanan di negara ini termasuklah nasi lemak.

Cara-cara merebus telur yang betul:

1. Rebus telur dalam suhu didih 100 darjah Celcius dan masukkan garam.

2. Rebus telur dalam suhu didih 100 darjah Celcius, tuang minyak masak sedikit supaya mudah untuk dikupas.

3. Sekiranya ada steamer, susun telur dalam bekas selama 21 minit suhu 100 darjah Celcius.

4. Sediakan periuk, air, tunggu sehingga mendidih.

Menurut cef tersebut, mulakan dengan bacaan selawat untuk telur lebih mudah dikupas.

Jelas Hafiz, kaedah ini terbukti berkesan apabila dia berjaya mengupas 1,500 biji telur dalam masa dua jam sahaja.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain