suria

Tak sangka kertas boleh jadi punca kereta terbakar! Dah boleh buang tabiat suka tinggal resit, dokumen dalam kenderaan

Kereta boleh terbakar disebabkan sehelai kertas.

KEMALANGAN atau sebarang insiden tidak diingini boleh berlaku kepada sesiapa dan di mana sahaja bergantung kepada keadaan persekitaran.

Begitu juga dengan kereta yang kita gunakan dan menjadi satu keperluan bagi setiap keluarga.

Bagi sesetengah pemilik kereta, mereka yang menjadikannya sebagai 'rumah' kedua untuk menyimpan barang.

Namun, tidak semua barangan peribadi itu selamat sekiranya ditinggalkan di dalam kereta dalam tempoh yang lama.

Apatah lagi sekiranya kenderaan tersebut dibiarkan berada di bawah cahaya matahari dalam cuaca begitu panas dan berbahang.

Seperti kebanyakan berita dikongsikan sebelum ini, barangan elektronik dalam kereta seperti komputer riba, telefon bimbit dan power bank yang meletup boleh menjadi penyebab kebakaran.

Kebakaran kereta boleh berlaku pada bila-bila masa.

Tetapi menurut seorang lelaki di TikTok, sehelai kertas yang ditinggalkan di atas dashboard kereta juga boleh mengundang bahaya yang sama.

Dalam perkongsian video tersebut, dia menerangkan bagaimana fenomena itu boleh berlaku sehingga menyebabkan kebakaran.

Sebagaimana dijelaskan, sehelai kertas boleh terbakar sekiranya kanta (magnifying glass) dihalakan ke arahnya dalam satu tempoh yang panjang atau lama.

Dalam situasi ini, cermin kereta akan menghala terus kepada dashboard yang mempunyai kertas dan akan terbakar apabila sudah mencapai satu suhu yang panas.

Sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah individu meninggalkan resit pembayaran di merata-rata tempat di dalam kereta mereka.

Jadi anda dinasihatkan agar lebih peka untuk tidak meninggalkan sebarang objek atau barangan yang boleh membahayakan kenderaan sendiri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain