Operasi 80 tahun berakhir, kakitangan Utusan Malaysia diminta kemas barang, pulangkan harta syarikat

Operasi syarikat yang bermula sejak 80 tahun lalu itu semakin merosot sejak Mei 2018. FOTO: Bernama.

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebaban.

Begitulah yang dapat menggambarkan nasib kakitangan syarikat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang menamatkan operasinya pada Rabu.

Perkara itu disahkan menerusi satu memorandum pekeliling yang dikeluarkan pada pagi ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Utusan tidak mampu bayar gaji, bakal ditutup

ARTIKEL BERKAITAN: Utusan akan terus beroperasi, dua akhbar naik harga

Lebih pilu, memorandum itu turut memberi arahan kepada semua kakitangan untuk mengemas tempat kerja, mengambil barang peribadi masing-masing dan mengembalikan semua peralatan dan harta syarikat termasuk kad akses dan kunci pejabat selewat-lewatnya 1 tengah hari, Rabu.

Menurut Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir, operasi syarikat yang bermula sejak 80 tahun lalu itu semakin merosot sejak Mei 2018.

"Pelbagai usaha telah dilaksanakan dengan harapan untuk meletakkan syarikat kepada kedudukan yang lebih kukuh dan terjamin.

Sebahagian memorandum pekeliling yang diterbitkan pada Rabu.

"Syarikat juga telah berusaha dengan menjual aset-aset syarikat dan kumpulan untuk menampung modal dan mendapatkan aliran tunai mencukupi," ujarnya.

Namun, usaha itu gagal kerana edaran harian Utusan Malaysia dan Kosmo semakin menurun dan sasaran RM4 juta iklan sebulan gagal dicapai sekaligus menyebabkan aliran tunai semakin tenat.

Selain kegagalan membayar gaji pekerja mengikut masa, hutang juga tidak dapat dijelaskan sehingga berlaku tunggakan.

Malah, syarikat itu turut berhadapan pelbagai tindakan perundangan daripada pemiutang-pemiutang.

Sehubungan itu, cadangan Penggulungan Sukarela Pemiutang (Creditor's Voluntary Liquidation) telah diluluskan pada Isnin lalu.

UHY Advisory ((KL) Sdn Bhd turut dilantik sebagai Pelikuidasi Interim kerana Lembaga Pengarah berpendapat syarikat tidak lagi mampu meneruskan perniagaan.

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain