Budak 9 tahun jatuh longkang dikhuatiri lemas - Semasa | mStar

Budak 9 tahun jatuh longkang dikhuatiri lemas

Mohamad Danish Supri Antony.

SEORANG budak lelaki berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh longkang dekat Taman Bukit Teratai di Ampang.

Difahamkan Mohamad Danish Supri Antony bermain bersama rakan-rakannya sebelum terjatuh ke dalam longkang berhampiran dalam kejadian kira-kira pukul 6.22 petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata mangsa dihanyutkan arus deras memandang keadaan waktu itu hujan.

"Ibunya menghubungi hotline Mers 999 selepas dia terjatuh ke dalam longkang. Usaha mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan pelbagai agensi termasuk polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat dilancarkan tetapi sehingga pukul 2.30 petang Rabu mangsa masih belum ditemui," katanya pada sidang media pada Rabu.

Katanya lagi, operasi SAR bertumpu dekat Sungai Kerayong selain perangkap sampah di kawasan berhampiran.

"Kami juga memaklumkan polis Klang untuk memantau Sungai Klang kerana sebelum ini insiden sama membawa kepada penemuan mayat di sana tiga hari kemudian," katanya. The Star