Najib berwajah selamba setelah dimaklumkan Sultan Mizan murka

Najib di luar Mahkamah Jalan Duta pada September lalu.

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak berwajah selamba setelah beliau dimaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin murka berhubung pengeluaran bon Terengganu Investment Authority Berhad  (TIA) bernilai RM5 bilion.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, berkata beliau menyampaikan perkara itu kepada bekas perdana menteri dalam pertemuan di rumah Najib di Langgak Duta, kira-kira 8 malam hingga 9 malam, pada 22 Mei 2009, hari sama beliau menghadap Sultan Mizan di Istana Terengganu, di Kuala Lumpur.

Saksi berusia 49 tahun itu berkata demikian semasa disoal balas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Najib, pada hari ke-19 perbicaraan kes dana 1MDB yang dihadapi Najib.

Muhammad Shafee: Adakah Datuk Seri Najib kelihatan kecewa berikutan hakikat bahawa Sultan Mizan murka?

Shahrol Azral: Air muka beliau (Najib) adalah selamba. Saya tidak ingat sebarang kekecewaan.

Dalam pernyataan saksinya sebelum ini, Shahrol Azral berkata beliau diminta oleh Sultan Mizan untuk menandatangani resolusi TIA untuk membatalkan pengeluaran bon berkenaan.

Ditanya oleh Muhammad Shafee sama ada ini bermakna Najib ketika itu tidak tahu sebab yang menimbulkan kemurkaan Sultan Mizan, Shahrol Azral menjawab, “setuju”.

Najib, 66, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung, dengan Timbalan Pendakwa Raya Kanan yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai pendakwaan. -Bernama

1MDB, Najib Razak, mahkamah, TIA, Sultan Mizan

Artikel Berikut

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain