Keluarga reda pemergian Amirul, "Saya tidak sanggup ke sana" - Semasa | mStar

Keluarga reda pemergian Amirul, "Saya tidak sanggup ke sana"

Md Azhar dan isteri, Zunaidah sayu ketika menunjukkan gambar Amirul Ashraff di telefon bimbit di kediaman mereka di Taiping pada Rabu. (Gambar kecil: Amirul)

"KAMI reda, dah nasib arwah anak sulung harapan keluarga tapi nak buat macam mana."

Itu luahan Md Azhar Hasbullah, 48, bapa kepada pelajar Malaysia, Amirul Ashraff, 22, yang maut selepas tergelincir dari tingkat 23 pangsapuri kediamannya di Sydney, Australia, pada Selasa.

Menurut Md Azhar, anak sulung daripada tiga beradik itu merupakan pelajar tahun akhir jurusan Ijazah Kejuruteraan Mekatronik di University Technology Of Sydney dan dijangka tamat pelajaran serta pulang ke tanah air pada Februari tahun depan.

"Saya masih tidak percaya atas apa yang menimpa anak saya sebab kami baru sahaja berbual melalui telefon 30 Julai lalu. Ketika itu sambutan hari jadi dia dan dia kedengaran seperti biasa sahaja.

"Tahu-tahu sahaja petang semalam (Selasa) pegawai Majlis Amanah Rakyat (MARA) hubungi memaklumkan anak saya terjatuh dari pangsapuri kediamannya dan meninggal dunia. Luluh hati saya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Tekah, di Taiping pada Rabu.

Md Azhar berkata, dia ada menerima tawaran daripada MARA untuk membawanya ke Sydney bagi menguruskan jenazah Amirul Ashraff, tetapi dia menolak atas faktor kesihatan dan tidak mempunyai kekuatan untuk ke sana.

"Saya tidak sanggup ke sana kerana sampai hari ini lutut saya masih lemah, nak berjalan pun susah selepas mendengar perkhabaran bahawa anak sulung harapan keluarga sudah tiada.

"Biarlah saya duduk di sini menunggu jenazahnya dibawa pulang. Saya harap jenazah Amirul Ashraff dapat dibawa pulang segera," katanya.

Menurutnya yang merupakan pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kali terakhir dia dan isteri, Zunaidah Ahmad, 46, bertemu Allahyarham Amirul Ashraff adalah ketika dia pulang bercuti musim panas November tahun lalu sehingga Februari tahun ini.

"Dia tidak menunjukkan sebarang perubahan, malah saya sempat menghantar dia untuk mengambil lesen kereta sepanjang dia bercuti dan menghantarnya pulang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)," katanya. - Sinar Harian

jatuh , pangsapuri , Mara , Amirul Ashraff

Artikel Berikut

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain