suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengerusi Suhakam, Razali Ismail letak jawatan

Razali dilantik sebagai pengerusi Suhakam pada 2016.

PENGERUSI Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Razali Ismail telah meletakkan jawatannya.

Menurut laporan Malaysiakini, Razali yang dilantik pada 2016 meletakkan jawatan dua minggu lebih awal sebelum berakhirnya tempoh tiga tahun 27 April ini.

Razali mengesahkan dia sudah menghantar surat perletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Malah, dia juga sudah memaklumkannya kepada suruhanjaya itu.

"Sudah tiga tahun saya di Suhakam. Saya rasa sudah melakukan tugas dengan baik. Sekarang saya mahu banyakkan buat advokasi.

"Hak asasi manusia adalah kerja advokasi dan cukuplah selepas satu tempoh," katanya.

Tambahnya lagi, keputusan awal tersebut membolehkan Suruhanjaya itu mempunyai banyak masa untuk mencari pengerusi baharu.

Malah, dia mahu melakukan kerja-kerja lapangan untuk memperkasakan orang ramai. - The Star.

 

Razali Ismail, Suhakam

Artikel Lain