suria

Rakyat Malaysia terkejut, betul ke Wendy's Malaysia ditutup?

Berjaya Group enggan mengulas mengenai khabar angin penutupan Wendy's Malaysia.

WENDY'S Malaysia dipercayai akan menutup operasinya di negara ini selepas timbul khabar angin bahawa pemegang francais tempatan tidak memperbaharui perjanjiannya dengan pemilik perniagaan itu.

Wendy's Malaysia dikendalikan oleh anak syarikat Berjaya Group, Berjaya Burger Sdn Bhd.

Menerusi Twitter, Twt Bajet berkata Wendy's Malaysia ditutup kerana Berjaya Group memutuskan untuk tidak memperbaharui lesen francaisnya.

Pemilik akaun Twitter Radikal Bebas berkata cawangan restoran makanan segera itu di Paradigm Johor Baru ditutup baru-baru ini.

Seorang lagi pengguna Twitter, Paprikash turut memuatnaik gambar hari terakhir restoran itu beroperasi di Berjaya Times Square pada 31 Mac lalu.

Tinjauan The Star mendapati restoran itu di The Gardens Mid Valley turut ditutup, membuktikan spekulasi itu mungkin benar.

Berjaya Group, bagaimanapun enggan mengulas mengenai isu itu ketika dihubungi pada Isnin.

Beberapa laman web seperti Inside Retail Asia dan Hype turut melaporkan mengenai penutupan restoran makanan segera itu di negara ini.

Malah laman Facebook Wendy's Malaysia Facebook turut tidak dikemaskini sejak Januari lalu.

Pengguna media sosial memberi bayangan bahawa laman Instagram dan Twitter restoran itu telah ditutup.

Semua pengguna media sosial di Malaysia turut terkejut dan kecewa dengan berita penutupan restoran itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain