suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

RON97 naik lima sen, RON95 dan diesel kekal

Gambar hiasan

HARGA bahan api RON97 meningkat sebanyak lima sen seliter, manakala RON95 dan diesel pula kekal sama selama minggu bermula Sabtu.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Kementerian Kewangan berkata harga RON97 akan meningkat kepada RM2.43 seliter daripada RM2.38 seliter.

Pada masa sama, harga RON95 dan diesel kekal pada harga RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter.

Kementerian Kewangan berkata harga baharu itu akan berkuat kuasa dari 12.01 pagi Sabtu hingga 8 Mac.

Kementerian itu juga berkata selaras dengan keputusan yang dibuat semasa mesyuarat Kabinet pada 27 Februari, harga siling bagi petrol RON95 telah diturunkan daripada RM2.20 kepada RM2.08 seliter.

"Pengurangan paras harga untuk RON95 adalah sejajar dengan komitmen kerajaan Pakatan Harapan untuk mengurangkan kos sara hidup," katanya. - The Star

harga petrol, diesel

Artikel Lain