suria

Dr Mahathir hairan Najib digelar ‘bossku’

Dr Mahathir (kiri) dan Najib.

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau hairan bagaimana Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menghadapi tuduhan pengubahan wang haram, boleh dipanggil 'bos'.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengulas mengenai panggilan baharu bagi bekas perdana menteri itu.

Menurutnya, beliau tidak melihat bagaimana Najib boleh diangkat sebagai wira.

Dr Mahathir berkata demikian di Tesco Semenyih untuk tinjauan pada petang Khamis, sempena kempen untuk calon Pakatan Harapan bagi PRK Semenyih, Muhammad Aiman Zainali.

Walaupun Amin merupakan anak muda, Dr Mahathir berkata, pemuda itu akan mendapat sokongan dan bimbingan pemimpin-mimpin parti.

"Dia kelihatan muda, lebih muda sedikit daripada saya.

"Walaupun dia masih muda, dia mempunyai sokongan ramai pemimpin - ramai pemimpin lama, yang paling tua berusia 93 tahun yang tidak boleh berhenti bercakap," kata Dr Mahathir secara berseloroh.

Beliau berkata, bila anak muda itu dipilih, dia akan mendapat sokongan kerajaan persekutuan, sekali gus lebih banyak yang boleh dilakukan untuk rakyat.

"Saya berharap rakyat menyedari ia adalah pilihan raya kecil, tidak seperti pilihan raya umum yang memberi peluang kepada parti politik 'memerangi' dan membentuk kerajaan," katanya. - The Star


bossku, Najib Tun Razak, Dr Mahathir

Artikel Lain