Hutan di 3 jajahan di Kelantan berisiko terbakar gara-gara kemarau - Semasa | mStar

Hutan di 3 jajahan di Kelantan berisiko terbakar gara-gara kemarau

HUTAN di tiga jajahan di Kelantan iaitu Bachok, Pasir Puteh dan Gua Musang berisiko tinggi boleh berlaku kebakaran pada musim kemarau bermula dari sekarang.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Anwar Abu Bakar berkata sebahagian besar hutan di tiga jajahan itu mengandungi tanah gambut yang mudah berlaku kebakaran dan sukar dikawal.

“Mulai sekarang anggota bomba dan penyelamat di kawasan itu diletakkan pada tahap berjaga-jaga selama 24 jam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Sepak Takraw Piala Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan di Dewan Serbaguna Majlis Daerah di sini, malam Ahad.

Anwar berkata kejadian terbaharu berlaku di Beris Lalang di Bachok yang membabitkan kawasan seluas 2.4 hektar bermula minggu lepas dan dapat dikawal sehingga semalam.

Beliau berkata kebakaran itu berpunca daripada aktiviti membakar sampah menyebabkan api cepat merebak ke kawasan sekitarnya termasuk membabitkan ladang kelapa sawit.

“Orang ramai juga perlu berwaspada dengan tidak melakukan pembakaran pada waktu kritikal iaitu waktu tengah hari dan petang kecuali pada waktu pagi sebelum embun kering,” katanya.

Katanya, pihaknya akan membekukan cuti anggotanya di kawasan itu jika berlaku kebakaran yang lebih serius terutama jika berhampiran kawasan penduduk.
-- BERNAMA 

Hutan , Kebakaran , Anwar Abu Bakar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini