suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pertemuan Hadi-Dr M, tak timbul soal PAS tak sokong Umno: Takiyuddin

PAS pada Ahad menegaskan tidak timbul soal parti itu tidak menyokong Umno dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Semenyih, berikutan pertemuan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Jumaat lepas.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan perakuan bertulis yang berbentuk contoh yang diberikan kepada Dr Mahathir dalam pertemuan itu hanyalah komitmen sokongan PAS atas dasar menjaga kepentingan agama, negara dan bangsa sehingga Pilihan Raya Umum ke-15.

Di sebalik sokongan itu, Takiyuddin menegaskan tiada sebarang isu berkenaan perakuan bertulis daripada pihak PAS untuk tidak akan menyokong Umno dalam PRK Semenyih.

PAS berpendirian tidak akan bertanding dalam PRK itu dan memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN) dengan tahap komitmen serta kadar penglibatan yang berbeza keadaannya berbanding PRK Cameron Highlands lalu.

Katanya, pertemuan yang berlangsung di Yayasan Al Bukhary, Kuala Lumpur itu hanyalah berkisar tentang kerjasama antara Pusat dan negeri terutama membabitkan Kelantan dan Terengganu.

Pertemuan itu turut dihadiri Takiyuddin dan Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

"Persetujuan turut dicapai untuk menjalin kerjasama yang lebih baik berdasarkan semangat federalisme di antara kerajaan Persekutuan dan negeri Kelantan serta Terengganu khususnya yang berkaitan pentadbiran, pembangunan dan pemberian royalti," kata Takiyuddin pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa harian PAS dipengerusikan Abdul Hadi di Marang, Terengganu.

Katanya, PAS juga melahirkan sokongan terhadap kepimpinan Dr Mahathir sekiranya berlaku pengkhianatan di kalangan parti komponen Pakatan Harapan (PH).

Pada Sabtu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu berkata PAS telah memutuskan tidak akan menyokong Umno dalam PRK Semenyih.

Katanya, perkara itu disuarakan Abdul Hadi dalam pertemuan dengan beliau pada Jumaat. - BERNAMA

PAS, Umno, Tun M, Hadi

Artikel Lain