suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Satu landasan DMK akan ditutup, pelanggan AirAsia digesa sentiasa semak status

PELANGGAN AirAsia digalakkan untuk sentiasa mendapatkan maklumat terkini berkaitan status penerbangan berikutan penutupan satu landasan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, Bangkok (DMK) akan menutup satu landasan mulai 29 Januari 2019 (12.01 tengah malam waktu tempatan) hingga 1 Feb, 2019 (11.50 malam waktu tempatan) bagi kerja-kerja penyenggaraan.

Susulan penutupan landasan itu, operasi AirAsia di Bangkok akan terjejas, iaitu kemungkinan mengakibatkan kelewatan penerbangan, serta dijadualkan semula atau pembatalan penerbangan, menurut AirAsia dalam kenyataan pada Sabtu.

“Kami sedang bekerjasama dengan pihak pengendali lapangan terbang itu berkaitan perkara ini dan akan memberi maklumat terkini melalui emel dan sistem pesanan ringkas (SMS) kepada pelanggan yang terlibat berhubung sebarang perubahan kepada status penerbangan mereka,” menurut AirAsia.

Pelanggan amat digesa untuk meletakkan alamat emel dan nombor telefon (berserta awalan kod negara) di ruang maklumat terkini profil anggota AirAsia di airasia.com bagi memastikan mereka boleh dihubungi bagi bantuan tepat pada masanya.-Bernama

AirAsia, DMK

Artikel Lain