suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Simbah anak dengan air panas, suami isteri direman

Kanak-kanak ini berada dalam pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.

GEORGE TOWN: Sepasang suami isteri direman selama empat hari bagi membantu siasatan selepas disyaki mendera anak mereka dengan menyimbah air panas gara-gara menghabiskan makanan.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Jenayah George Town Muna Maria Azmi bermula Isnin hingga Khamis selepas membenarkan permohonan reman yang dikemukakan oleh Pegawai Penyiasat Inspektor Zahirah Othman.

Bapa berusia 42 tahun itu dan isterinya berumur 34 tahun tiba di bilik reman pada 11.30 pagi dan keluar dari bilik itu 20 minit kemudian.

Pasangan itu yang ditahan polis semalam disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Dalam kejadian minggu lepas itu, kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun melecur selepas disiram air panas oleh bapanya selepas dia dipercayai menghabiskan makanan keluarganya di rumah mereka di Flat Kampung Melayu, Air Itam di sini.

Dalam kejadian pukul 1 pagi itu, mangsa yang merupakan anak tunggal perempuan daripada empat beradik melecur di bahagian lengan, rusuk dan dada kanan, namun keadaannya dilaporkan stabil. - BERNAMA

simbah, air panas

Artikel Lain