Polis ditikam lelaki warga asing ketika buat pemeriksaan - Semasa | mStar

Polis ditikam lelaki warga asing ketika buat pemeriksaan

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis cedera ditikam seorang lelaki warga Indonesia menggunakan pemutar skru ketika sedang melakukan pemeriksaan dalam Op Cegah Khas di Jalan Binjai di sini malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira 10.20 malam itu, mangsa Lans Koperal Mohd Fauzi Abdullah mengalami kecederaan ringan pada bahagian siku kanan akibat ditikam suspek.

"Kejadian berlaku apabila Anggota Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Dang Wangi menahan sebuah kereta jenis Proton Satria yang dinaiki dua lelaki warga Indonesia yang berada dalam keadaan mencurigakan untuk melakukan jenayah," katanya dalam kenyataan di sini Isnin.

Shaharuddin berkata suspek berusia 25 tahun itu kemudian melarikan diri ke arah Jalan Tun Razak lalu dilanggar sebuah kereta manakala seorang lagi yang berusia 45 tahun berjaya ditahan anggota polis di lokasi kejadian dan mengalami kecederaan patah pada bahagian lutut.

Suspek dan anggota polis yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan, katanya. - BERNAMA

tikam , polis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain