suria

“Saya bangun setiap hari dengan harapan pendapat saya salah” - TMJ gesa PH tumpu tadbir negara

PETALING JAYA: Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar tidak mempolitikkan setiap isu dan mula mentadbir negara.

"Saya benar-benar mahukan kerajaan untuk berjaya.

"Saya bangun setiap hari dengan harapan bahawa pendapat saya salah. Tetapi, mereka tetap membuktikan saya betul.

"Saya lakukan perkara yang sama dengan kerajaan lama. Dan saya sedang lakukan perkara yang sama pada masa ini. Tiada beza. Sekadar mahukan yang terbaik untuk rakyat.

"Sesetengah mungkin tidak suka apa yang saya katakan tapi itulah cabarannya. Untuk terus bersuara demi rakyat yang tidak dapat menyuarakannya," kata baginda menerusi kenyataan yang dikeluarkan di Facebook pada Khamis.

Tunku Ismail berkata, baginda tidak kisah jika dianggap sebagai 'musuh anda No.1' kerana baginda sentiasa konsisten dan tegas terhadap prinsip.

"Tolong... Tolonglah mulai mentadbir. Tolong berhenti berperang antara satu sama lain, tolong berhenti mempolitikkan setiap isu.

"Kadang-kala saya salah. Semua orang membuat kesilapan. Untuk kesilapan yang saya buat, saya memohon maaf," kata baginda.

Tambah Tunku Ismail, semua orang harus mengimbas kembali 2018 dan meminta maaf atas kesilapan lalu, selain menambah 2019 adalah tahun untuk memperbetulkannya.

"Ayuh kita kurangkan berpolitik. Ayuh kita kurang mempopularkan apa yang ada di media sosial.

"Ayuh kita kurangkan berpolitik. Ayuh kita kurang mempopularkan apa yang ada di media sosial.

"Ayuh kita berkhidmat kepada rakyat dan melaksanakan yang terbaik untuk negara kita," kata Tunku Ismail. - The Star

TMJ, Tunku Ismail

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain